Thursday, July 8, 2010

Pentingkah guru PRASEKOLAH ???

Bismillahi Walhamdulillah..

"Awak cikgu ye? mengajar apa?Prasekolah? ( macam tak percaya..) kat tadika mana? kat sekolah rendah?"

"Gaji sama ke dengan cikgu-cikgu lain?"
( Ingat tangga gaji guru prasekolah lebih rendah kot....)


"Macam mana aku nak apply jadi cikgu pra ek? mintak kat sekolah ke?"

"Cikgu pra seronok ek...boleh balik awal..kul 12 tengahari dah habis.." ( Padahal kul 3-4 ptg baru siap tugasan dan preparation untuk esok, dengan ABM, BBM, gambar2 lembaran...semuanya untuk pastikan kelas berjalan dengan seronok dan bermakna.)



Itu antara dialog yang biasa saya dengar berkenaan guru prasekolah. Ramai yang tidak ketahui mengenai profesion guru prasekolah..khususnya di prasekolah Kementerian Pendidikan iaitu di sekolah-sekolah rendah.Ramai juga yang memandang rendah profesion ini. Bahkan, ada yang menganggap guru prasekolah sebagai guru kelas kedua sahaja. Padahal jika dilihat di luar negara, rata-rata profesion guru prasekolah dan tadika terdiri mereka yang mempunyai master atau phd. Cuma masyarakat kita saja yang belum tahu betapa pentingnya menjadi guru prasekolah, di mana hanya mereka yang profesional saja yang layak memegang jawatan ini. Ini kerana klien mereka ialah kanak-kanak 4 -6 tahun yang sangat istimewa sifatnya dan perlukan daya kepakaran yang tinggi untuk mendampingi mereka. Di sinilah peranan guru prasekolah, bukan sekadar guru tadika yang menbgajar tulis baca tetapi harus mempunyai jiwa dan minat yang amat mendalam terhadap bidang pendidikan anak-anak.


Menjadi guru prasekolah bukan semudah yang di sangka. Ada kelayakan yang perlu diambil kira. Jika seorang ibu perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam mendidik 10 orang anaknya,maka seorang guru tadika memerlukan kesabaran yang berganda dari itu untuk mendidik 25 orang murid yang berbeza perangai dan watak setiap tahun.
Guru prasekolah perlu mengenali kesemua anak didiknya. Dia berperanan mendidik mereka. Menanamkan nilai dalam diri mereka.Ibarat menghasilkan karya di atas sehelai kain putih yang bersih dan suci. Kitalah yang mencoraknya. Tetapi tanggungjawab ini memerlukan niat yang jelas, azam yang tinggi, tekad yang utuh, kesabaran yang tidak pernah padam, gerak kerja yang tersusun tujuan tertinggi iaitu demi mencetak generasi berilmu dan berakhlak serta yang mempunyai hati nurani yang bersih dan suci.

Buat Insan yang bergelar GURU PRASEKOLAH....


Profesion anda sangat mulia. Tapi dengan syarat - Niat kerana Allah Ta'ala.

Bukan kerana tiada pilihan kerjaya lain..

Bukan kerana terpaksa..

Bukan sekadar ingin melihat anak didik boleh membaca, menulis..bahkan membentuk generasi ini menjadi insan yang berguna kelak..

Justeru, berbanggalah menjadi seorang guru yang mendidik dari peringkat terawal di alam persekolahan, kerana kitalah yang dapat membantu membentuk serta mencorak segala-galanya dalam diri anak-anak iaitu sifat, kerohanian, nilai, kemahiran dan ilmu dalam diri kanak-kanak itu.

Wallahualam.....

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.